Sahabat adalah perisai diri

Saturday, August 23, 2014

Parah sungguh dah nih...

Assalamualaikum...

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah...

He he..biaq betoiii...kalau macam ni lah gayanya memang paqah dah nih...

Kak Ros ada terbaca satu kisah ni..lawak pun ada geram pun ada...tak tau la nak kata apa..kebanyakkan orang  la ni...bila dapat benda yang berguna ja lepas tu pasti dia akan jadi tak guna..yang buruk tu lagi banyak depa dapat daripada yang baik..salah satunya contoh dia macam kat bawah ni lah..

Benda apa pun kalau kita salah guna macam ni lah jadinya..telefon ni adalah salah satu alat yang amat berguna untuk kita..tapi bila dah disalah gunakan dah jadi satu alat yang merosakkan kita pulak..tengok lah kalau dah sampai lupa diri..sampai tak peduli orang sekeliling dah..nak tengok ka..nak gelak ka..semua dia tak kisah dah...

Memang bahaya kalau dah sampai tahap ni kan...sampai awek yang dia sayang tu pun dia dah tak kenai dah he he...mau tinggai ja dia kat situ...buat sakit badan ja dok heret dia lagu tu...

LELAKI terbabit masih memberi tumpuan pada telefonnya walaupun diheret memasuki kereta api lain.

Beijing: Seorang wanita yang bosan mengheret teman lelakinya sepanjang sebuah stesen kereta api bawah tanah selepas kekasihnya itu enggan berhenti bermain telefon bimbitnya.

Gambar dirakam penumpang lain menunjukkan wanita itu kecewa dan berang terhadap kekasihnya sebelum dia mengheretnya dari tempat duduk dan keluar dari pintu stesen kereta api bawah tanah di Beijing.

Lebih menarik lagi, ketika lelaki itu diheret sepanjang stesen berkenaan, matanya masih tertumpu pada iPhonenya.

Orang ramai terkejut melihat keadaan itu berterusan dengan wanita itu memegang telefon berkenaan untuk mengheret teman lelakinya.

Satu ketika dia meletakkan kaki pada mulut kekasihnya untuk cuba memisahkan dia dengan telefon pintar itu, tetapi kekasihnya enggan melepaskannya.

Wanita itu kemudian mengheretnya memasuki kereta api lain.

Kejadian begitu tegang tetapi ada yang percaya ia hanya lakonan untuk sebuah syarikat telefon bimbit.

Namun, bagi mereka yang merakam peristiwa itu menerusi telefon bimbit masing-masing, yakin ia bukan gimik.

“Saya terkejut jika ia lakonan.

Saya sendiri melihat seorang kanak-kanak menangis melihat pasangan itu menjerit antara satu sama lain ketika wanita itu cuba merampas telefon itu daripada lelaki berkenaan,” kata saksi, Yuan Feng.

Feng berkata, wanita itu berada di depan teman lelakinya yang berjalan terlalu perlahan sambil matanya tertumpu pada telefon hingga menyebabkan mereka mungkin terlepas kereta api.
Dia hilang sabar dan cuba merampas telefon teman lelakinya.

Apabila usahanya gagal, dia mengheret lelaki itu memasuki kereta api sebelum pintunya ditutup.
Wanita itu menjerit menyuruh temannya melepaskan telefon, tetapi dia enggan,” kata Feng.

Wednesday, July 9, 2014

Kemalangan yang selalu terjadi di bulan Ramadhan....

Assalamualaikum..

Setiap tahun menjelang bulan puasa mesti kita dengar ada orang cedera kerana main mercun..cederanya pulak bukannya sikit,mangsa mesti mengalami kecacatan kekal malah sampai hilang nyawa pun ada..

Kak Ros tak nampak best tang mana pun main mercun ni..bahaya tu ada lah...ingat lah adik2,abang2 kat luar sana tu sayangilah diri kita ni..kalau dah hilang mana2 anggota kat badan tu bukannya ada Spare Part kat kedai nak ganti yang baru..

Baru ja berapa hari kita berpuasa dah ada kes cedera main mercun..kesian Kak Ros tengok adik kat bawah ni..usianya baru 17 tahun..jauh lagi perjalanan hidup yang harus dia tempuhi..semoga dia tabah dengan keadaanya nanti dan semoga cepat sembuh..

Oleh Betty Subaryati
Kota Bharu: “Belum sempat saya lempar, tiba-tiba mercun itu meletup dan saya mula merasa tangan kanan kebas serta darah keluar mencurah-curah,” kata Abu Bakar Nasir, 17, yang kudung tangan kanan gara-gara mercun bola yang ditemuinya di tepi jalan, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiang Chandi, dekat Lubok Jong, Pasir Mas itu dalam perjalanan ke Masjid Tiang Chandi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk menunaikan solat Tarawih.

Abu Bakar berkata, ketika berjalan dia menemui mercun bola yang masih elok di tepi jalan dan mengutipnya sebelum membakar sumbu mercun itu menggunakan mancis.
“Saya pegang mercun itu menggunakan tangan kanan, namun sebaik api dinyalakan ia terus meletup sebelum sempat saya melemparnya.



ZALUZI (dua dari kiri) melawat Abu Bakar yang kehilangan pergelangan tangan kanan akibat bermain mercun sambil ditemani Che Limah (kiri).

“Dalam keadaan tangan berdarah, saya berlari semula ke rumah dan dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas oleh mak dan ayah untuk rawatan sebelum kes dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Keesokan harinya doktor memberitahu tangan saya hancur dengan tapak tangan dan empat jari hilang menyebabkan pergelangan tangan terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, semalam.

Menyesal dengan perbuatannya, anak kelima daripada tujuh beradik itu memberitahu reda dan membiasakan diri dengan kecacatan dialaminya, apatah lagi dia bakal berdepan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada September.

Sementara itu, ibu Abu Bakar, Che Limah Haron, 45, berkata, tidak menduga bunyi letupan kuat yang didengari berdekatan masjid berpunca daripada tindakan anak lelakinya.

“Saya terkejut apabila mendapati tangannya cedera teruk,” katanya.


Sumber
Related Posts with Thumbnails