Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, April 29, 2008

Akob tak kisah….


Sambil merenung atap, dia menghela nafas menggaru kepala yang tak gatal. Keliru dia memikirkan apa yang tak kena dengan isterinya. Anak anak juga terasa sunyinya, emak mereka yang selalunya meriah dengan cerita dan hilai tawa kini sepi hanya sesekali menyeringai indah.

Ahh… Akob tak kisah…

Isterinya memang cantik, siapa yang tak kenal Chah Redot yang memang terkenal dikampung. Dengan menggunakan pengalamannya menoreh selama lebih 5 tahun, Akob dapat menawan hati Chah. Akob bangga pasangan Chah Redot dengan Akob Kesot menjadi bualan dan impian semua orang. Akob senyum sendiri mengenangkan itu semua.

Ahh… Akob tak kisah…

Hatinya gundah kini. Akob tahu sejak berhenti merokok dirinya sedikit ketidaktentuan. Peristiwa bilik mandi mungkin menjadi punca, kole pelastik yang diinjak injak marah mungkin penyebab. Tidak disangka kole pelastik begitu bermakna bagi isterinya. Isterinya bermuka biru kini sebiru kole pelastik yang diinjak haritu.

Ahh… Akob tak kisah kini…

Dia amat jauh hati, sedikit kesilapan yang tak difahami terus dihukum isterinya. Dia bertekad sama sama tunjuk perasaan.

Akob memang tak kisah kini.

sebutir kata:
Nak buat camna sentimental value dia kat kole tu Akob oii..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails