Sahabat adalah perisai diri

Saturday, April 19, 2008

Bayi terbang

Dipetik dari myMetro:

KOTA TINGGI: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hanya cedera ringan biarpun ‘terbang’ keluar dan terjatuh di atas jalan selepas kereta dinaiki bersama keluarga berpusing dua kali akibat merempuh sebuah bas henti-henti di Kilometer 40.6 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, tengah hari semalam.

Sebaik tercampak di tengah jalan, Muhammad Nur Haikal diselamatkan seorang lelaki, Karim Salim, 33, yang menumpang sebuah bas kilang menuju ke Mersing. Selepas menyaksikan kejadian itu, Karim segera turun dari bas sebelum menyelamatkan Muhammad Nur.Menurut Karim, dia dan adiknya menumpang sebuah bas kilang selepas membeli peralatan enjin bot dari Johor Bahru.

sebutir kata:
Kehendak Allah jua....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails