Sahabat adalah perisai diri

Sunday, April 27, 2008

Cerita lepas pencen

sekadar hiasan: gambar ayahanda
Tiada yang lebih bermakna bagi seseorang selain daripada ketenangan jiwa terutama bagi yang sedang meniti usia menjelang pencen.
Saya ada beberapa kawan yang apabila ditanya aktiviti lepas usia pencennya bermacam cerita yang keluar. Seorang kawan berkata dia tak sabar-sabar nak lakukan satu tugas yang selama ini menjadi idamannya. Tugas yang begitu mulia tetapi tidak dapat dilakukan kerana kesebokan kerja.
Impian insan kerdil macam dia tidaklah tinggi sangat. Katanya, dia hanya ingin jadi Tok Siak mesjid tua di kampung dia. Saya hampir ketawa mendengar impian seorang rakan yang saya anggap paling akrab dengan saya itu. Tetapi saya tak jadi ketawa selepas dengar penjelasan dia.

''Aku sedih kerana bekalan air selalu terputus di kampung aku. Bila hari Jumaat, jemaah terpaksa ambil wuduk kat perigi lama. Kolah kosong. Bila aku jadi Tok Siak, bolehlah aku isikan air kolah sebelum jemaah tiba untuk solat Jumaat''.

idea asal disini..

sebutir kata:
Mulianya hati kawan aku niiii....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails