Sahabat adalah perisai diri

Monday, April 28, 2008

Jiran baik umpama harta tak ternilai

MANUSIA tidak boleh berdiri tanpa pertolongan serta simpati orang lain terutama jiran, pihak yang paling hampir dengan kita untuk menikmati kesenangan dan membantu serta memberi sokongan tatkala menghadapi kesusahan.

Kata pujangga, ada empat faktor untuk kita menikmati kehidupan selesa, iaitu rumah yang lapang, isteri yang setia, kereta yang tidak rosak dan jiran yang baik. Apabila kita mendapat jiran baik serta berbudi, bererti kita berjaya mendapat sesuatu yang mahal serta tidak ternilai harganya.

Tetapi jika kita mendapat jiran tetangga yang kurang berbudi, kita akan menghadapi keadaan yang tidak selesa dan merumitkan.

sebutir kata:
Bentuklah diri kita menjadi jiran yang baik dan berbudi....

1 comment:

Related Posts with Thumbnails