Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, April 29, 2008

Kerja menepati tuntutan moral, agama dijanji keberkatan


Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi pula, kerja memberi maksud daya usaha yang dilakukan manusia dalam keadaan sedar, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain untuk menghasilkan suatu barang atau perkhidmatan.

Maka, kerja atau bekerja dapat diertikan sebagai pergi ke tempat kerja dan menjalankan tugas serta tanggungjawab, sama ada di pejabat, kilang atau sebagainya untuk memperoleh pendapatan dan keredaan Allah.

Sesungguhnya bekerja amat dituntut dalam Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri sebagai khalifah di muka bumi.

sebutir kata:
Mencari rezeki yang halal adalah fardu ain kerana untuk melaksanakannya memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. Perkara paling utama ialah kesabaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails