Sahabat adalah perisai diri

Thursday, April 24, 2008

Teman yang sejati

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita.

Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.
Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.

Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu.
Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua.
Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan.

Dipetik dari: Minda mufti

sebutir kata:
Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails