Sahabat adalah perisai diri

Saturday, May 31, 2008

Kiroro Mirae

sebutir kata:
Sunngguh mengasyikkan, rasa cam kat Jepun la pulak.... anak dara aku suka sangat nie...

The latest product from Peugeot





sebutir kata:
Contact aku kalau nak, 5 % down payment...

How to recruit person for the right job..?

Put about 100 bricks,
With particular order in a closed room,
With an open window.

Then send 2 or 3 candidates in,
And close the door.
Leave them alone and come back after 6 hours.
Then analyze the situation.

If they are counting theBricks.
Put them in the accounts Department.

If they are recounting them..
Put them in auditing

If they have messed up the whole place with the bricks.
Put them in engineering.

If they are arranging the bricks in some strange order.
Put them in planning.

If they are throwing the bricks at each other.
Put them in operations.

If they are sleeping.
Put them in security.

If they have broken the bricks into pieces.
Put them in information Technology.

If they are sitting idle.
Put them in human resources.

If they say they have tried different combinations, yet not a brick has been moved.
Put them in sales.

If they have already left for the day.
Put them in marketing.

If they are staring out of the window.
Put them on strategic Planning.

And then last but not least.
If they are talking to each other and not a single brick has been moved.
Congratulate them and put them in top management.

sebutir kata:
If they don't want to enter the room, ask them to go back...

Deadlock?

Boss said to secretary: For a week we will go abroad, so make arrangement.

Secretary make call to Husband: For a week my boss and I will be going abroad, you look after yourself.

Husband make call to secret lover: My wife is going abroad for a week, so lets spend the week together.

Secret lover make call to small boy whom she is giving private tuition: I have work for a week, so you need not come for class.

Small boy make call to his grandfather: Grandpa, for a week I don't have class 'coz my teacher is busy. Lets spend the week together.

Grandpa(the 1st boss ;) ) make call to his secretary: This week I am spending my time with my grandson. We cannot attend that meeting.

Secretary make call to her husband: This week my boss has some work, we cancelled our trip.

Husband make call to secret lover: We cannot spend this week together, my wife has cancelled her trip.

Secret lover make call to small boy whom she is giving private tuition: This week we will have class as usual.

Small boy make call to his grandfather: Grandpa, my teacher said this week I have to attend class. Sorry I can't give you company.

Grandpa make call to his secretary: Don't worry this week we will attend that meeting, so make arrangement.

sebutir kata:
Success is always Demanding.....

Two suicides at a time!!! How sad

Pehhhhhhhhh......


Tooooooooooooooooooo unfortunate!!!!




V






sebutir kata:
Difahamkan, mamat tu lah yang tolong tiupkan belon untuk ikan yang dikategorikan sebagai segan nak bernyawa tu.

M.A.H.A.T.H.I.R


Must
Always
Hantam
Abdullah
Till
He
Is
Removed

sebutir kata:
Kita perlu belajar menghormati perbezaan cara hidup anak2 kita, tak perlu lagi kita ungkit zaman kemegahan kita yang mungkin tak lagi boleh dipakai dizaman anak2 kita sekarang nie... Peluang harus diberi pada mereka tunjukkan kebolehan.

Gambar menarik ari nie...





sebutir kata:
Apabila api menjadi air.....

Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun.
Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh! Sumber......

sebutir kata:
Jujur disalah erti, terus terang pulak teruk lah nanti.... gelak berguling camtu haa, lu pikiaq la sendiri...

Friday, May 30, 2008

Gambar menarik ari nie..







sebutir kata:
Penceritaan tanpa tulisan.....

Iklan lawak

sebutir kata:
Nampak sangat manusia la nie materialistik...

Be aware of this insect







sebutir kata:
Just take care ourself and family members.

Hair salon di Africa

sebutir kata:
Saya di fahamkan kebaikannya yang juga merupakan satu kelebihan pada proses sebegini ialah pelanggan2nya tidak pernah sekali pun tertidur diwaktu proses itu berlangsung.... nak cuba ka...?

Thursday, May 29, 2008

Push up...

sebutir kata:
Monyet educated la katakan....

Sekiranya petrol naik lagi... satu alternatif

IF THE PRICE OF PETROL GETS MUCH HIGHER WE MAY HAVE TO INVEST ON THIS TRANSPORT.






V









sebutir kata:
Cowasaki...

Employee of the month....

This is the level of dedication the company expects from all staff - keep up the good work!!


Employee of the month....










sebutir kata:
Email yang dia antaq tu tak berbau ke... yarrkkkhher...

Wednesday, May 28, 2008

Alternative keyboard


An alternative keyboard in Windows.

In case your keyboard or some keys stop working Microsoft provides you with an alternative way to type in using the mouse.

To work this tool, go to: Start menu and Select Run, Type "OSK" and Press OK.

Then u can see...
sebutir kata:
Petua ketika kita bermasaalah dengan keyboard kita....

Sayang anak mak...

sebutir kata:
Bertuahnya kita dapat anak yang rajin macam nie... heh.. heh..

Pirana...

sebutir kata:
Promosi gigi pirana untuk sapa2 yang berminat...

Ezam pohon sertai UMNO


Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO apabila menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang Rabu dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti itu.


sebutir kata:
Aksi ngeri bekas pejuang reformasi...

Tuesday, May 27, 2008

No kids


sebutir kata:
Kadangkala kreativiti anak2 adalah diluar dari jangkauan kotak pikiran kita.... maka berhati hatilah...

Hidup berjiran

Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauh mana kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.


Siapa sangka jiran aku boleh bagi kat aku yang nie.... mana dia dapat idea bernas tu ha... bukan sekali, dah kerap gak dah nie...

Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.

sebutir kata:
'Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali'.
(Al-Hujurat : 13)

Nona manis di Nasional Garment


sebutir kata:
Smile everyone, you are in candid camera... I said everyone.. everyone..
heh.. heh..

Bil Telepon Melambung..Salah Sape?

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Orang gaji : Kok Jadi masalah apaannya? Semua orang kok gunakan telpon tempat bekerja. Begitu juga sama seperti saya!!!... Kan enggak salah Bu, Bapaknya....

sebutir kata:
Ooo... oooo.... (kredit untuk Na Armie atas lawak pendek anda..)

Monday, May 26, 2008

Kisah kasih suami pada isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

sebutir kata:
Berfikir secara kreatif.. heh..heh..

Sahabat...

Sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke akhir hayat, sahabat penting dalam putaran kehidupan insan. Ada yang menyatakan sahabat lebih penting daripada wang. Jika kita tiada wang dan mempunyai ramai sahabat, mereka tentu boleh menolong.

Imam Syafie pernah berkata, "Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan itu sebenarnya lebih tercela." Jelaslah dalam memilih sahabat kita mesti berhati-hati serta pandai memilih sahabat yang memberi manfaat dan faedah kepada kita.

Imam Syafie juga menyatakan, "Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya."

sebutir kata:
Berkawan biar seribu, berkasih biar satu...

Sunday, May 25, 2008

Kenduri Eyla dan Man (Sik Kedah)

Hari nie rasminya secara adat Eyla dan Man disatukan.... gambar2 yang sempat dirakam..


Bertolak pukul 12 t'hari, hujan lebat ooo... sepanjang jalan kejap lebat, kejap berenti...



Antara pemandangan menarik sepanjang 2 jam perjalanan...


Hah dah sampai dah simpang masuk... nak cari rumah la pulak...





Sampai tepat jam 2.00ptg. Sendat ngan tetamu, kekawan dari IDS pun dah semua sampai...



Makanan dah terhidang, 2 jam perjalanan, apa lagi belasah aje lah...


Bersantai setelah kekenyangan sementara menanti hujan reda...


Sempat tahan pengantin untuk sekeping gambar kenangan....


Kita pulun ambik gambar, Farez pi ajak melawak pulak...


Ada 3 orang dalam nie yang belum pijak pelamin, bila lagi oooii... jangan marah aaaa... nak buat camana aku la nie tengah lapaq nasik kenduri nie..


DJ on the day.... meriah gak ngan keletah dia...



Sebagai cenderahati... terima kasih...
Semoga kedua mempelai berbahagia hendaknya hingga akhir hayat... AMIN.

sebutir kata:
Teringin sangat nak makan nasi minyak Bukit Minyak.. heh.. heh..

Singgah Kuala Ketil beli belah...


Buah petai RM 8.00 tuk sepuloh keping... murah dari tempat aku..


Buah dokong RM 7.00 sekilo.. balaih pi la kalau nak tanam bila nak dapat makan...


Pisang emas dibawa balik,
Masak semua masa dibeli...
Kami pi kenduri di Sik,
Kenduri Eyla meriah sekali... heh.. heh..


Durian kawin je.. RM 4.00 sekilo... buah tangan untuk anak2 teruna aku yang meluat nak ikut aku..


Nampak ganazzzzz gak... heh.. heh.. selamat makan aku ucapkan pada aku...

sebutir kata:
Ta yang belanja ooo.... kalau harap aku tu lambat la skt...

Tiong Lor Durian ( Penang )

Seperti dijanjikan dulu nah ha jenis2 durian yang terdapat di Balik Pulau. Petua nya, perut kena kosong poket mesti ada isi... x lah mahai sangat pun...




sebutir kata:
Musim raja buah dah mai ooi...
Related Posts with Thumbnails