Sahabat adalah perisai diri

Saturday, May 24, 2008

710 yang hilang

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di workshop berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus-sepuloh (710).

Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, "Apa benda tujuh-ratus-sepuloh tu?" Gadis itu mejawab "Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru".

Gadis itu menambah bahwa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa. Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu.

Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas, dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu "adakah benda 710 itu di kereta ini?". Gadis itu menuding dan berkata,"Sudah tentu lah, itu dia bendanya....."


See attached photo...




sebutir kata:
Aku tak salahkan orang yang bertanya, aku marahkan pomen tu.. dia kena tau yang 710 itu samalah juga ngan OIL... eeiikk betul ka aku nie...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails