Sahabat adalah perisai diri

Sunday, May 4, 2008

Antara Tuhan dan Hantu!

“Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam bilik.

“Huaa!!!”, bertaburan si anak melarikan diri kerana takutkan hantu.

Biasalah itu. Cara mudah untuk ibu dan bapa mengawal anak, takutkan mereka dengan hantu.

Walhal si anak bukan pernah melihat hantu. Ibu bapa itu pun berkemungkinan besar tidak pernah bertemu hantu. Tetapi entah mengapa, takut benar si anak dengan hantu, berbakat sungguh si ibu dan bapa menakutkan anak-anak mereka dengan apa yang mereka sendiri tidak pernah lihat, tidak pernah jumpa.

Jika hantu yang tidak pernah diketemui itu, boleh digambarkan dengan begitu kreatif oleh ibu bapa dan anak, mengapa mereka tidak kreatif memperkenalkan kepada si anak, soal TUHAN. Asyik-asyik hantu. Bagaimana Tuhan?
Tulisan lanjut boleh dibaca disini.....

Maka, binalah kepercayaan anak-anak kepada Allah sebagai Tuhan dengan memupuk keyakinan mereka. Mereka adalah makhluk yang yakin, maka peliharalah keyakinan anak-anak agar terdorong kepada yang Haq, hinggalah mereka mencecah dewasa.

Ketika anak meningkat dewasa dan terdedah kepada pelbagai cabaran, maka haruslah kepercayaan itu diperkemaskan dengan reasoning dan soal jawab yang sesuai dengan tahap ketika itu.

Kemunculan banyaknya filem hantu dan syaitan di Barat adalah eksplorasi mereka terhadap dunia Spiritual. Jika Barat terbelenggu dengan hantu kerana mencari Tuhan, mahukah kita sekapal dengan mereka dalam mengelirukan anak di antara HANTU dan TUHAN?

sebutir kata:
Tersentuh betul laa.. ngan rentetan pena ustaz Saiful yang boleh dilawati di (http://www.saifulislam.com/)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails