Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 13, 2008

Apa kata anda?

Tidak dapat tidak didalam dunia yang penuh pancaroba dan harubiru ini, kita akan dikelilingi kawan kawan dan handai taulan yang juga sedikit sebanyak mencorak kehidupan kita, mengusik gaya kita memikir, mengejek gaya kita bertindak.

Tidak dinafikan juga, ada dikalangan khalayak yang sangat merasakan dirinya adalah betul dan apa yang melekit dikotak fikirannya dan gaya praktiknya adalah terbaik. Lalu mengacah acah cuba meloloskan idea masam nya ke gaya tindakan kita dan kadangkala waima hingga ke peringkat pasangan kita dan anak anak.

Tidak betul sebenarnya apabila sesuatu yang baik bagi diri dan keluarga kita adalah juga baik bagi diri dan keluarga orang lain. Malah tiada sesekali kita berhak memaksa samaada secara langsung atau berkias, sesuatu pendapat atau kelaku keatas orang lain. Pertukaran dan perbincangan pendapat adalah baik, perlaksanaan terpulang kepada budibicara empunya diri dalam melaksana sesuatu itu selari dengan amanah Allah keatas dirinya.

Entri kali ini sebenarnya cuba menginjakkan rasa bosan dan bingit aku dengan keletah manusia yang sebegini. Yang sedikit sebanyaknya ada sumbangan besar kepada peningkatan penyakit darah tinggi dikalangan masyarakat Melayu khasnya. "I believe" doesn't mean must be believed by others.

sebutir kata:
Bagaimanapun aku tetap akur dan pasrah dengan kejadian Allah s.w.t, syariat Allah yang pelbagai dan complex jauh dari gapaian akal manusia… wallahuallam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails