Sahabat adalah perisai diri

Thursday, May 15, 2008

Cabaran buat umat Islam

Baru terima sms dari teman (entri tanpa diedit):

Mkluman utk smua. JIKALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TELEFON YG BRNOMBOR PANJANG Cnth: +62852731520946 DAN NMBR ITU BRWARNA MERAH,DIHRAP2 SGT JGN DIANGKT DAN DIJWB PANGGILAN ITU.INI KERANA DI INDONESIA SKRG,SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGILAN ITU MULUT AKAN BRBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU.DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MLM TD DIPUCHONG 2 ORG MATI.INI BNR2 TRJADI.TOLONG SEBARKAN MSG..

Kemudian dia bertanya samaada mssg diatas boleh dipercayai ataupun tidak... iskk... iskk...

Lihat lah betapa besarnya cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh ummah. Selepas satu, satu lagi cabaran yang benar2 menguji ketajaman minda berfikir selari dengan kehendak akidah, mencabar ketebalan iman dan ujian akan penyerahan untung nasib (tawakkal) diri yang sebenar benar pada Allah s.w.t

Pemesongan akidah boleh berlaku dengan berbagai cara dan dimana2 hatta mempercayai sesuatu kuasa lain yang boleh memudaratkan kita yang lain dari kuasa Allah s.w.t juga adalah salah satu darinya.

Wallahuallam... Allahuakbar... 3x

sebutir kata:
"Dan janganlah kamu menuruti orang-orang kafir dan orang munafik itu, janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah! Cukup Allah menjadi pelindung." (Q.S. Al-Ahzab: 84)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails