Sahabat adalah perisai diri

Saturday, May 17, 2008

Kisah Sepasang Suami Isteri

Alkisah tersebut...

Ada sepasang suami isteri tinggal di sebuah Pekan. Suami mempunyai penyakit TB (takut Bini) dan mengesyaki sang isteri menpunyai masalah pendengaran. Sering Kali sang isteri No respon bila dia bertanya sesuatu.......

Memandangkan Si Suami takut untuk memujuk isteri berjumpa doktor, Si Suami mengambil keputusan berjumpa dengan Doktor keluarga mereka mengadu untuk mendapat nasihat. Doktor menyarankan si suami menyiasat untuk tahu dengan lebih lanjut tahap kurang pendengaran Si Isteri untuk menentukan keadaan rawatan.

Doktor menyuruh si Suami bercakap membelakangi isteri dari jarak 40 kaki sekiranya tidak mendengar tukar pada jarak 30 kaki dan seterusnya sehingga hampir kepada kepada isteri untuk menentukan tahap pendengaran isteri.

Sampai saja dirumah si suami terus bertanya kepada isteri pada jarak 40 kaki "Yang ... Yang masak apa ? Melihat isteri No respon Si Suami terus kepada jarak 30 kaki, 20 kaki, 10 kaki dan sebagaimana biasa masih tiada respon.

Akhirnya Si Suami berdiri betul betul dibelakang isteri dan bertanya " Yang... Yang masak apa?....

Si Isteri ..................

Tiba2 Si Isteri menangis teresak-esak sambil berkata: " DAH LIMA KALI AYANG CAKAP MASAK LEMAK, MASAK LEMAK !!!!!!!! ??













sebutir kata:

Moral of the Story: Sesuatu masalah, kesalahan itu maybe bukan dekat orang lain tetapi mungkin dari KITA. Selidiki diri dan jangan serbu tembok, tengok diri kita dulu sebelum menegur /membaiki orang lain.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails