Sahabat adalah perisai diri

Sunday, May 4, 2008

Kumpul lemak di pinggang


(Gambar asal diedit atas gesaan pembaca...)

SELEPAS kahwin, ramai lelaki mengalami penyakit PMKD — Perut Maju Ke Depan. Kadangkala saiz perut mereka mengalahkan wanita yang hamil lima enam bulan.

Bunyinya lucu, tetapi PMKD sama ertinya dengan obesiti sentral atau kegemukan di pinggang yang dialami ramai orang, terutama lelaki pertengahan umur, yang kurang memberi perhatian kepada soal makan.

Ada pula yang mengamalkan konsep untuk jaga badan, mereka perlu makan sehingga betul-betul kenyang! Lebih teruk jika selepas makan, terdampar pula di depan televisyen kerana ia boleh menjadi pemangkin kepada pembentukan fenomena PMKD.

Masalah PMKD biasanya berlaku pada lelaki akibat pengumpulan lemak di abdomen, khususnya di pinggang, manakala bagi wanita, simpanan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha. Artikel lanjut....

sebutir kata:
Buat Arman dan Wahid, hangpa bila makan tu ingat2 lah kat aku sama, belanja aku sekerap yang mungkin....
Jangan marah aaaa.. nak tarok gambar korang saja2 tanpa artikel yang berkenaan x leh gak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails