Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 20, 2008

Nasihat untuk AKU….

Tiba2 talipon bini aku berderau, sorang sedara nak mai bertandang. Tepat jam 9 malam, melaram keta dia terletak depan rumah aku. Topik perbincangan ganaz sekali… uhuk.. uhuk…

Aku tau hasrat diaorang laki bini, nak kongsi rasa terkilan ngan aku, ahhh… aku apa peduli, tak kena kita bagitau tak kena la.

Aku tanya diorang apa yang riuh rendah sangat nie… mak kita beranak kat kita sampai 7 orang tak riuh rendah sampai camni pun.. pasai apa dia baru sakit tak sampai 3 bulan kita dah kalut? Dia heret kita dalam perut dia 9 bulan ooo… tak dak merungut sampai nak sinting lengan baju pun. Tapi kita ari ni, kita nak bawa dia dari rumah anak nie pi ke anak yang sorang lagi tupun dah nak berpencak silat, nie apa cerita nie..

Aku bagitau simple saja, laki boleh berlakon dengan bini, bini pulak boleh berlakon depan laki kekadang tu sampai lima enam anak pun tak pecah tembelang, tapi perlu diingat, bela emak yang sorang nie sakit, the true colors will appears to all of us. Tak payah tunggu sampai 2 atau 3 tahun, belum 3 bulan kita dah dapat lihat color seseorang dah. Sebelum ni punya tertib lendik, itu pun akan hanyut kalau tak ikhlas.

Bukan niat aku nak kurang sopan, tapi aku minta sangat kalau boleh bawa berbincang adik beradik, tapi kalau dah mampu bela berseorangan tak yah la bawa bincang, aku maksudkan kalau tak mampu. Ujian Tuhan berbagai dan ini adalah salah satunya, macamana 7 anak dia nak bela mak diaorang.

Kalau aku ditempat korang pun aku akan buat perkara yang sama, duduk berbincang sesama adik beradik. Banyak paedah ooo.. baru kita tau masaalah seseorang tu dan cari penyelesaian nak atasinya. Yang tak mampu dari segi kewangan boleh meyumbang tenaga dan tiada masa untuk tenaga kenalah berkorban disegi kewangan misalnya. Banyak yang boleh kita dapat dari perbincangan tapi kalau tak handle betul2 boleh memudaratkan gak… heh.. heh… nantilah try bincang dulu secepat mungkin dan korang mai balik kalau tak leh gak selesai….

Sebutir kata:
Doa ku bersama orang2 yang berusaha… insyallah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails