Sahabat adalah perisai diri

Monday, May 19, 2008

Sahabat sejati

Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud: "Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: "Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jika kita memandang ke wajah seseorang diberkati Allah SWT, seolah-olah memancar cahaya keimanan yang menembusi hati kita, aura iman itu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita kepada kelemahan diri.

sebutir kata:
Erti sahabat sejati dalam Islam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails