Sahabat adalah perisai diri

Monday, May 26, 2008

Sahabat...

Sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke akhir hayat, sahabat penting dalam putaran kehidupan insan. Ada yang menyatakan sahabat lebih penting daripada wang. Jika kita tiada wang dan mempunyai ramai sahabat, mereka tentu boleh menolong.

Imam Syafie pernah berkata, "Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan itu sebenarnya lebih tercela." Jelaslah dalam memilih sahabat kita mesti berhati-hati serta pandai memilih sahabat yang memberi manfaat dan faedah kepada kita.

Imam Syafie juga menyatakan, "Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya."

sebutir kata:
Berkawan biar seribu, berkasih biar satu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails