Sahabat adalah perisai diri

Saturday, May 10, 2008

Tukar nombor plat sebelum memulakan perjalanan

KEJADIAN menggunakan nombor plat palsu bukanlah sesuatu yang baru. Selain sering digunakan penjenayah, penipuan itu juga berlaku kerana mahu mengelak daripada perangkap had laju. Ketua Inspektor Abd Aziz Md Isa dari Cawangan Trafik IPD Shah Alam memberitahu bahawa penggunaan nombor plat palsu sememangnya banyak berlaku dan polis sentiasa memandang berat hal tersebut.

Kejadian inilah yang membuatkan kadang kala ada di antara kita yang terkejut, keliru dan tertanya tanya apabila menerima surat saman atau surat menghadiri penyiasatan polis bagi kesalahan trafik. Lebih membingungkan lagi apabila kesalahan seperti yang didakwa itu tidak pernah dilakukan. Malah, masa dan tempat seperti yang didakwa ada kalanya tidak masuk dek akal penerima.

Itulah yang terjadi kini. Kesalahan trafik yang dilakukan orang lain menyebabkan pemilik nombor pendaftaran kenderaan asal yang terpaksa menanggung musibah. Pelumba haram adalah antara golongan paling popular yang dikenal pasti menggunakan cara ini.

sebutir kata:
Nie pun satu lagi rosot punya masaalah, maka ramailah orang2 yang x langsung berdosa mcm aku nie yg akan terkena dan terpalit hasil dari perbuatan durjana diorang nie... x patut.. x patut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails