Sahabat adalah perisai diri

Monday, June 30, 2008

Jangan penaya kucing


Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar.Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang tu paham pulak bahasa manusia.

Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh!

Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 km dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah!

Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah!

Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 km, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong-lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana.

Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yg telah di buangnya, "Kucing engkau orang ada kat rumah tak?"
"Ya!", jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya.
"Pasal apa abang tanya?"
Dengan nada kecewa Si Abang menjawab, "Bagi telepon pada kucingmu . Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macamana jalan balik rumah!"
Si Adik sangat konfius dengan apa yang di dengarnya, "Dah mereng ke abang aku ni?"


sebutir kata:
Sayangilah kucing anda... credit to Adha for the above joke... heh.. heh..

Sunday, June 29, 2008

Anwar dalam bahaya


Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

"Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita.

sebutir kata:
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Along diberkas


Gambar dan rencana diterima dari Foxkid....

UTK PPIM dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia dari Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya telah berjaya menangkap along dan memberkas along tersebut hasil daripada kerjasama pihak polis tersebut.


Along tersebut telah mengugut, merampas wang pengadu dan bersikap biadap terhadap pengadu dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta mengancam untuk meletakkan babi di hadapan rumah mangsa jika gagal membayar wang pinjaman.

sebutir kata:
Mereka bukan datang nak tolong, depa tu lah Along...

First time


1 mayat orang tua dikeluarkan dari peti simpanan mayat untuk dikebumikan. ....apabila dikeluarkan. .. ada air mengalir di muka mayat orang tua tersebut..seakan peluh....

dengan rasa ketakutan... cucu orang tua itu pon memanggil isteri kepada si mati...

"Nenek! muke atuk kuar peluh!"

Nenek pon dengan tenang merapati cucunya dan berkata

@

@

"Atuk kamu 1st time meninggal... mestila die nervous sket...."

sebutir kata:
Kuang-kuang... wakakakakaka! !!!! (Tks kat Adha diatas lawak yang dikirim)

Anwar berlindung di Kedutaan Turki


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya. "Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.

sebutir kata:
"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan." Surah Al-Qalam ayat 10 - 11.

Gambar pengadu dengan orang kanan Najib


Klik gambar untuk cerita lanjut...

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

sebutir kata:
Kian terdedah kebobrokan mereka.... yang bestnya budak tu baru keja ngan Keadilan 3 bulan yang lalu.... ish.. ish..

Anwar dakwa satu tindakbalas kotor

anwar quality hotel 270608 press conferenceKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan. Lagi....



sebutir kata:
Aku teringin nak tengok dan dengar apa ulasan Ezam berkenaan kes nakal ini....

Kereta jimat minyak



sebutir kata:
Selain dari branded, ianya telah terbukti jimat minyak dan users friendly....

Kes culik terbaru






sebutir kata:
Kes culik terbaru yang sehingga sekarang masih dalam siasatan, tak tau nak salahkan sapa dalam kes nie...

Bank Condong



Bank condong yang pertama di dunia kini telah tercipta di Malaysia....

sebutir kata:
Bilik termenung...

Saturday, June 28, 2008

Malang tak berbau

Malang tak berbau, itulah kesimpulannya...

Pukul 2100hrs tadi 27hb Jun 2008, terima panggilan dari mak aku, suara cemas sekali... perkabaran yang mengejutkan, Ayah aku terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Mengkuang Keretapi, perjalanan balik dari ziarahi mayat, waktu selepas Isyak tadi....

Ada Hamba Allah yang perihatin tolong bawa dia pi Hospital BM. Kepada Hamba Allah yang baik hati tu, juga kekawan orang tua aku yang juga bertungkus lumus bawa balik motor dia yang rosak teruk tu, aku ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah jua yang membalas budi baik kalian...


Bergegas aku ngan bini aku pi Hospital BM, ayah dah sedia ada dalam bilik kecemasan menjalani rawatan.... Pukul 2240hrs siap proses, boleh balik setelah dapat 2 hari MC.. ayah aku kata, yang tu dia nak dulu....


Nah ha... kepala kena 5 jahitan pakej sekali serban....


Tangan kanan terima 2 jahitan, jari kelingking patah... tapi boleh dok melawak dan gelak lagi... OK lah tu....


Kalau tengok darah di motor dia, kalut juga kita....



Insaf la sat lepaih tengok cam nie....


Ayah aku tak la bawa laju sangat, jalan2 camtu cuma 80km/jam saja...


Nie dia dok garu kepala, nak repair motor pulak lepaih nie...

sebutir kata:
KEHIDUPAN di dunia ini hanyalah ujian. Bagi orang yang beriman, ini adalah satu hakikat yang mesti diterima dan dilalui dengan penuh kesabaran.Walau sepahit dan seperit mana sekalipun, ia dihadapi dengan keinsafan bahawa Allah s.w.t. jua yang menentukan segala aspek kehidupan makhluk-Nya

Halim mai rumah


Halim ni sepupu belah mak aku, mai rumah nak upah baju bini dia....


Anak dia (Amir) besaq dah... buas macam peluru kata orang tua2


Upah baju, dah dekat nak raya dah nie...

sebutir kata:
Bini aku pun dah mula kalut dah nie... musim buat baju raya dah mai dah...

Friday, June 27, 2008

Euro 2008 dan Kedai makan tepi jalan


Hari nie aku cuti... rasa merdeka oooo... pagi tadi 0245hrs, lepas gian tengok Euro 2008 sampai habih, Russia tungging 3-0 ngan Spain, bukan main depa rata2 kata Russia gerenti menang, personally aku rasa ini adalah permainan terbaik Spain...

Pagi nie pula lepas pi hantar anak dara aku sekolah, lebihkurang jam 0745hrs aku ngan bini aku la singgah pekena nasi kedai makan nie... aku nak promote sikit pasai sedap ngan murah... kalau2 sapa tersesat mai kut belah sini, singgah la pekena....


Location dia tepi jalan, kalau dari Kulim sebelah kiri pi BM, sebelum traffic light simpang ke Gajah Mati, kiranya kawasan Machang Bubuk la tu...


Kedai dia bawah pokok besaq... pagi2 dah ramai dah ooo....


Dia bagitau aku, ikan semilang dia dah gosok gigi dah walaupun awai pagi...


Teh o kalau nak nipis sikit kena bagitau, kalau tak haaa tu dia, macam nie la... kelat sikit...


Gulai sepinggan, sekoq ikan semilang (boleh gagah jugak besaq dia) kerabu nenas, ulam sikit, minum teh o panas ngan limau panas.


Baru RM8.10, lepaih tu ada diskaun pulak 1.23 % untuk kekawan katanya...

sebutir kata:
Aku la nie insyaallah, cuba cari tempat makan yang sedap dan murah dan akan bagi free promotion dalam blog nie, semuanya gara2 minyak naik laa....

Thursday, June 26, 2008

Adik kemalangan



Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa... Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam

Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni"

Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".

Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau".

Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.

Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"

Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. Ada accident la encik. kata sorg mat rempit.

Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii, Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!

Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.

Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni" Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu...

Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!! !

sebutir kata:
Moral of the story.... tak bermoral kerana masa sekolah dulu dia fail matapelajaran moral... heh.. heh..

Canggih



sebutir kata:
Kecanggihan teknologi masa kini...

SMS sampah lagi



Lagi2 SMS sampah ni diterima, cuba nak perosak anak bangsa dan perabih duit kita, cis bedebah betoi... pada semua berhati2lah... ni aku copy sebijik macam yang aku dapat...

From: +60178375418

Ada minat lihat movie clip yang didapati dari handphone kawan wanita saya? Cepat type ON ROSE hantar ke 36660 sekarang!

sebutir kata:
Ada ka sapa2 yang bernas idea nak buat camana kat depa nie... berleluasa macam tanpa kawalan pun.. makin kerap aku terima pulak.. depa pakat ngan rangkaian talipon kot, kena tambah duit sikit untuk pengawalan spam sms !!

Pictures you can't miss












Just remember, if it made you smile, your friends will smile too!

sebutir kata:
Saat manis waktu dulu memang syok untuk dikenang... lainlah kalau sedar sedar dah besaq dah.. macam terminator tu...

Bilik bedah



Di dalam sebuah bilik bedah seorang pesakit begitu takut dan berkata kepada doktor,

"Doktor, saya sangat takut sekali untuk menghadapi pembedahan ini. Ini pertama kali saya di bedah."

Jawab doktor,
"Saya cukup faham dengan perasaan anda dan begitu mengerti kegugupan anda sekarang kerana saya juga baru pertama kali membedah pesakit."

sebutir kata:
Dah jadi adat sebagai manusia... akan gugup pada kali pertama.... heh... heh...

Wednesday, June 25, 2008

Perompak bas kilang



Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang.. jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata.." Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!! Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas.. " ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika.. "Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata.. " Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri.. " Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

sebutir kata:
Moral ceritanya... rezeki jangan ditolak... musuh jangan dicari...

Problem with my new computer


Letter from Sardar Banta Singh of Punjab to Mr. Bill Gates of Microsoft:


Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice:
1. There is a button 'start' but there is no'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Bhatinda! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a Vespa scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God sake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife Bebbo to know where I go after my office hours.

Regards,
Banta

Last one to Mr Bill Gates :

Sir, how is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS?

sebutir kata:
This is why Bill Gates decided to sell Microsoft......

Lagi lagi pasai minyak...


Sekali lagi aku akan cuba carikan pelbagai alternatif dalam mengurangkan beban kenaikan harga minyak dipasaran sekarang. Kali ini aku usulkan satu lagi cara untuk pemandu kita amalkan, selamat mencuba....

sebutir kata:
Aku akan cari alternatif lain untuk pemandu2 wanita....

Ucapan khas



Ucapan seterusnya diterima dari Fidah yang kini sedang bertugas dimeja panas berhadapan dengan tingkap seribu. Ucapan ditujukan khas buat kekawan yang kini berhempas pulas dan bertungkus lumus sedang bekerja, senyum senyumlah selalu.

sebutir kata:
Terima kasih kerana berjaya menyemakkan lagi blog bang Din... heh... heh...

Tuesday, June 24, 2008

People scared



sebutir kata:
People scarring people just to funny...

Bentuk-bentuk senyuman

BANYAK BENTUK SENYUMAN YANG BOLEH KITA BERIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KITA... TAPI AWAS TIDAK SEMUA SENYUMAN YANG KITA BOLEH BERIKAN KEPADA MEREKA...SO LET'S CHECK OUT...


SENYUMAN KEGEMBIRAAN
Time ni mesti tengah-tengah masuk GAJI ....time nilah kita happy sangat..so berikan senyuman yang paling manis pada rakan Anda...



SENYUMAN KESIPUAN
Senyuman ni kita berikan biasanya nak Cover Line or dapat pujian dari rakan ..so paparkan lah senyum tersebut......jangan over sudah.....



SENYUMAN MENGADA-GADA
Senyuman ini perlu anda berikan pada musuh-musuh anda...bagi untuk menambahkan saham pahala ( kena umpat) anda dan untuk menarik perhatian sekeliling......hmmm.....



sebutir kata:
Kesimpulannya senyum itu satu sedekah... jadi senyum2 lah selalu.... binatang punnnn rajin senyum....
Related Posts with Thumbnails