Sahabat adalah perisai diri

Friday, June 27, 2008

Euro 2008 dan Kedai makan tepi jalan


Hari nie aku cuti... rasa merdeka oooo... pagi tadi 0245hrs, lepas gian tengok Euro 2008 sampai habih, Russia tungging 3-0 ngan Spain, bukan main depa rata2 kata Russia gerenti menang, personally aku rasa ini adalah permainan terbaik Spain...

Pagi nie pula lepas pi hantar anak dara aku sekolah, lebihkurang jam 0745hrs aku ngan bini aku la singgah pekena nasi kedai makan nie... aku nak promote sikit pasai sedap ngan murah... kalau2 sapa tersesat mai kut belah sini, singgah la pekena....


Location dia tepi jalan, kalau dari Kulim sebelah kiri pi BM, sebelum traffic light simpang ke Gajah Mati, kiranya kawasan Machang Bubuk la tu...


Kedai dia bawah pokok besaq... pagi2 dah ramai dah ooo....


Dia bagitau aku, ikan semilang dia dah gosok gigi dah walaupun awai pagi...


Teh o kalau nak nipis sikit kena bagitau, kalau tak haaa tu dia, macam nie la... kelat sikit...


Gulai sepinggan, sekoq ikan semilang (boleh gagah jugak besaq dia) kerabu nenas, ulam sikit, minum teh o panas ngan limau panas.


Baru RM8.10, lepaih tu ada diskaun pulak 1.23 % untuk kekawan katanya...

sebutir kata:
Aku la nie insyaallah, cuba cari tempat makan yang sedap dan murah dan akan bagi free promotion dalam blog nie, semuanya gara2 minyak naik laa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails