Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, June 18, 2008

Harga minyak palsu


ISFAHAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyatakan bahawa harga palsu berlaku di pasaran minyak kerana dunia sebenarnya mempunyai bekalan yang mencukupi.

"Pasaran dibekalkan dengan minyak yang mencukupi tetapi harga meningkat dan keadaan itu adalah sesuatu kepalsuan dan dilakukan oleh kuasa-kuasa dunia," tambahnya.

"Beberapa tangan, untuk tujuan politik dan ekonomi, sedang mengawal harga dalam satu bentuk perlakuan palsu," kata Mahmoud.

Menurutnya, tujuan kenaikan harga itu adalah untuk membiayai kos perang dan pendudukan serta meneroka sumber baru tenaga di dalam lautan di kutub termasuk di tempat lain.

sebutir kata:
Mahmoud adalah outspoken type yang lantang mengkritik kuasa besar dunia terhadap salah laku mereka.... sudah tentu berdasarkan bukti2 yang kukuh sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails