Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, June 10, 2008

KERAjaan Taik Minyak dan hikmahnya

Bas bas sekolah kita dimasa hadapan seiiring dengan harapan KERAjaan kita mahukan kita ubah gaya hidup.

Janganlah sesiapa menghina dan marah pada KERAjaan kita kerana harga minyak yang dinaikkan sebanyak RM0.78 baru2 ini. Apalah sangat dengan RM0.78 ni boleh dibuat masa nie... tak banyak sebenarnya RM0.78 nie, teh o secawan pun tak lepas...

Sebenarnya jika dikaji secara mendalam banyak hikmah yang terselindung disebalik kenaikan yang diumumkan oleh KERAjaan ini.

Pertamanya anak2 muda akan jarang keluar rumah melilau siang ataupun malam, kalau keluar pun awai lagi depa dah balik dah... tidak berani macam selalu kerana apa?

Kerana kenaikan harga minyak telah menyebabkan mak pak depa dah sedia naik minyak... kerana harga minyak... hikmah tuu...

Keduanya, dua bulan selepas kenaikan harga minyak ini kita menjangka tidak akan ada lagi kegiatan mencabul oleh orang minyak kerana ketidakmampuan mereka membeli bahan asasnya kerana kenaikan yang keterlaluan ini.

Dan kita mencadangkan agar harga minyak ini dinaikkan lagi setinggi mungkin sebagai sumbangan besar kita kepada rakyat marhaen terutama kaum wanita dalam menghapuskan orang minyak ini. Hikmah lagi tuuuh..

Dan akhir sekali... ubahlah gaya hidup kita seperti yang dipaparkan... kepimpinan melalui teladan....


sebutir kata:
Sekadar beberapa hikmah yang dapat saya nukilkan... hidup KERAjaan tahi minyak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails