Sahabat adalah perisai diri

Sunday, June 15, 2008

'Lapaq" sungguh rakyat Malaysia

Hari Sabtu lepas, habih keja pukul 1.00ptg, aku lajak la pi pekan BM nak tengok betapa meriah suasana Pejabat Pos BM. Aku sampai lebih kurang jam 2.00ptg, dah ada kereta peronda polis ngan dua anggota didepan Pos BM tu.

Tujuan depa untuk halang sebarang kereta parking secara tak senonoh depan Pejabat tu dan menghalang lalulintas pulak. Sangkaan aku tepat sekali, penuh sesak ngan orang. Memang betul la rakyat Malaysia la ni lapaq sungguh, depa takut lepas sehari dua nie, Pak Lah tarik balik ikrar dia nak bagi subsidi RM625.00 untuk keta ngan RM150.00 untuk moto.

Aku dengaq habaq, borang untuk claim dah ada kutu buat jual pulak, yang sepatutnya dapat free saja dari Pos Malaysia. Dan nombor giliran pulak, polis yang jaga, dia kata nombor terhad dan banyak yang mai pukul 1200 tengahari tadi dah tak boleh claim dah, kena hari Isnin pulak.

Apa la KERAjaan pikiaq aku tak taula, bukan nak menyenangkan rakyat camni.. lagi susah adala... bayangkan aku tengok barisan yang beratur punya la panjang, sampai melimpah ketepi jalan, macam buruh kasar zaman jepun beratur nak ambik gaji lagaknya...

Hari Ahad bawa bini sekali lagi pi round pasai dah kata ada bukak... habuk pun tarak... tttuuiiihhhh.....

sebutir kata:
Tak dak cara lain ka nak bayaq... pikiaq la kesusahan orang ramai yang dah sedia susah nie... yang kami nak ambik tu hak kami yang dijanjikan bukannya menagih hutang dari mak bapak hampa.... eeeeiiii geram nie... pasai aku pun sampai ari nie tak boleh celah lagi nie... keja nak kena keja gak... kalau tak nak makan apa?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails