Sahabat adalah perisai diri

Saturday, June 28, 2008

Malang tak berbau

Malang tak berbau, itulah kesimpulannya...

Pukul 2100hrs tadi 27hb Jun 2008, terima panggilan dari mak aku, suara cemas sekali... perkabaran yang mengejutkan, Ayah aku terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Mengkuang Keretapi, perjalanan balik dari ziarahi mayat, waktu selepas Isyak tadi....

Ada Hamba Allah yang perihatin tolong bawa dia pi Hospital BM. Kepada Hamba Allah yang baik hati tu, juga kekawan orang tua aku yang juga bertungkus lumus bawa balik motor dia yang rosak teruk tu, aku ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah jua yang membalas budi baik kalian...


Bergegas aku ngan bini aku pi Hospital BM, ayah dah sedia ada dalam bilik kecemasan menjalani rawatan.... Pukul 2240hrs siap proses, boleh balik setelah dapat 2 hari MC.. ayah aku kata, yang tu dia nak dulu....


Nah ha... kepala kena 5 jahitan pakej sekali serban....


Tangan kanan terima 2 jahitan, jari kelingking patah... tapi boleh dok melawak dan gelak lagi... OK lah tu....


Kalau tengok darah di motor dia, kalut juga kita....



Insaf la sat lepaih tengok cam nie....


Ayah aku tak la bawa laju sangat, jalan2 camtu cuma 80km/jam saja...


Nie dia dok garu kepala, nak repair motor pulak lepaih nie...

sebutir kata:
KEHIDUPAN di dunia ini hanyalah ujian. Bagi orang yang beriman, ini adalah satu hakikat yang mesti diterima dan dilalui dengan penuh kesabaran.Walau sepahit dan seperit mana sekalipun, ia dihadapi dengan keinsafan bahawa Allah s.w.t. jua yang menentukan segala aspek kehidupan makhluk-Nya

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails