Sahabat adalah perisai diri

Monday, June 2, 2008

MASAKAN SZECHUAN - Daging Masak Pedas



Bahan-bahan:
200 gm daging dihiris nipis
15 gm cili benggala merah dihiris memanjang
15 gm cili benggala hijau dihiris memanjang
10 gm halia dihiris memanjang
10 gm bawang putih dihiris memanjang
5 gm cili kering
1 sudu teh serbuk cili
1 kiub pati ayam
1 sudu teh cuka
1 sudu teh kicap soya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya:

  1. Goreng daging sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga berbau harum.

  3. Kemudian masukkan daging bersama dengan cili kering, cuka, pati ayam, cili benggala merah dan hijau, serbuk cili dan kicap soya.

  4. Masak sehingga ramuan sebati.

  5. Sedia untuk dinikmati.

sebutir kata:
Try la tengok... aku dah makan dah, sedap oooo.. bukanya aku masak pun...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails