Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, June 17, 2008

Nasi Beriani Sotong



Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

Bahan Dikisar Halus:

4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak. Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.

3. Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.

5. Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.

6. Siap untuk dihidang. (Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

sebutir kata:
Aku cabar korang yang berani cubalah nasi beriani ni dan jangan lupa bawa mai bagi aku rasa sikit.... bini aku dah buat dah... sedap oooo.... rasa cam nasi lemak.... heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails