Sahabat adalah perisai diri

Monday, June 23, 2008

Pasai minyak lagi....


KUALA LUMPUR 20 Jun - Sebanyak 3,500 pengusaha stesen minyak di seluruh negara merancang menutup operasi selama lapan jam pada 26 Jun ini dan menolak penggunaan kad kredit jika kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak.

Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus.

Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang.

"Ia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tarikh tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



sebutir kata:
Sehari ke sehari aku rasa kian tertekan, seolah tiada pembelaan dari sesiapa pun, yang rasa ada kuasa sikit2 pun dah pandai menggunakan kuasa mereka menekan, yang merana tentulah rakyat marhaen macam aku nie...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails