Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, June 10, 2008

Rokok


Ada banyak perihal rokok dan perokok yang perlu kita ambil kira, yang menunjukkan merokok ni bukanlah perbuatan yang bermanfaat. Disini ada digariskan 10 perkara sahaja:

* Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap.

* Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil uuuk... uhhh...

* Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti diorang cuba tahan nafas atau tutup hidung.

* Perokok berbau wangi? Erkkkk...

* Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk -lebih awal, dari mereka yang tidak merokok.

* Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan.

* Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca.

* Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih bertaik mata dan bertaik gigi.

* Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak.

* Tidak ada orang jadi jutawan dengan jadi penagih rokok, melainkan kalau dia jadi tokey syarikat rokok.

Dipetik dari: Isu Hangat

sebutir kata:
Sama2 lah pikiaq dan pakat2 berenti rokok... heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails