Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditahan polis bertopeng


Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Sumber Malaysiakini

sebutir kata:
DSAI dah sedar kemungkinan ini dan secara langsung debat semalam dah disuarakan. Tabik spring aku pada DSAI, dalam keadaan tertekan dengan masaalah dengan polis dan pelbagai dakwaan pun Shabery Chek tergagap dan berbuih mulut, terkial2 berdebat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails