Sahabat adalah perisai diri

Thursday, July 10, 2008

Ketam Masak Cili



Bahan2:
5 ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2, sepit besar ditanggalkan dan diketuk sedikit.
Air asam jawa.
Garam & gula secukup rasa.

Dikisar bersama air:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
Cili kering kuantiti ikut kepedasan
Cili padi kuantiti ikut kepedasan

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar. Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan naik minyak.
2. Masukkan ketam, kacau hingga rata.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Perasakan dengan garam dan gula.

sebutir kata:
Ketam terpilih hendaklah yang akhil baligh dan lulus ujian lisan SPM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails