Sahabat adalah perisai diri

Saturday, July 26, 2008

Lampard bakal mendapat bayaran termahal EPL


GUANGZHOU (China): Frank Lampard akan kekal bersama Chelsea setelah terdapat laporan yang menyebut bahawa kelab itu dijangka menawarkan gaji paling besar kepada pemain bola sepak England itu.

Lampard akan bersama kami,' tegas pengurus pasukan Chelsea, Luiz Felipe Scolari. Menurut pengurus asal Brazil itu, spekulasi tentang kedudukan Lampard akan terus dicetuskan tetapi beliau menegaskan bahawa pemain midfield tersebut akan tetap bersama perjuangan Chelsea pada musim ini.

Saya memberitahu dua hari lalu bahawa Lampard akan bersama kami. Beliau bukan sahaja mengikuti latihan kami, bahkan turut beraksi dalam perlawanan,' tambah Scolari. Lampard dikatakan akan menerima gaji mingguan sebanyak £150,000 untuk kontrak selama lima tahun. Kini berusia 30 tahun, Lampard masih terikat dengan Chelsea untuk satu musim lagi.

sebutir kata:
Kuda tua kadangkala lebih berharga ooo...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails