Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, July 22, 2008

Robinho minat ke Chelsea


MADRID: Bintang Brazil, Robinho, memberitahu Real Madrid bahawa beliau mahu menyertai bekas jurulatihnya, Luiz Felipe Scolari, di Chelsea. Chelsea membuat tawaran £25 juta bagi penyerang muda itu tetapi Real mempunyai syarat kontrak £120 juta untuk membeli Robinho.

Ejennya, Wagner Riberio, mendedahkan: 'Robinho memberitahu pengarah sukan Real, Pedrag Mijatovic, bahawa Scolari mengundangnya bermain untuk Chelsea.

'Adalah satu penghormatan yang besar bagi seseorang pemain apabila menerima undangan daripada Scolari dan Robinho amat mengaguminya. 'Robinho berharap segala- galanya dapat dicapai dan beliau benar-benar mahu bermain di bawah bimbingan Scolari.

'Riberio memberitahu bahawa Robinho berasa kecewa dijadikan pemain yang terlibat dalam pertukaran dengan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, yang menjadi buruan Real.
'Keadaan ini timbul menyusuli rancangan Real mendapatkan Ronaldo dan Robinho tidak begitu senang,' kata Riberio.

sebutir kata:
Hebat betul persiapan Chelsea musim nie, MU relax aje... siap nak jual pemain lagi... heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails