Sahabat adalah perisai diri

Saturday, July 19, 2008

Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram



SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut. Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut.

Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.

sebutir kata:
"Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak." Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails