Sahabat adalah perisai diri

Thursday, July 17, 2008

Teksi di Gaza Guna Minyak Masak!



GAZA: Pemandu teksi di sini mulai menggunakan minyak masak untuk menggerakkan kenderaan kerana kekurangan bekalan diesel berikutan sekatan Israel dan mogok oleh pembekal Palestin.

Akibatnya, asap daripada teksi berbau seperti makanan segera yang digoreng garing. Menurut pemandu teksi, Hassan Amin al-Bana, 40, penggunaan minyak masak tidak seperti diesel dan "ia mengambil masa lebih lama untuk menghidupkan enjin pada waktu pagi."Minyak masak yang digunakan itu adalah saki baki lebihan minyak yang sudah dipakai oleh gerai yang menjual makanan di tepi jalan. Menurut pemandu teksi itu, mereka mencampurkan minyak berkenaan dengan turpentin sebelum mengisi tangki kereta.

Minyak yang terpakai adalah lebih baik daripada yang baru, jadi mereka sering meminta atau membeli minyak terpakai daripada peniaga "falafel" atau snek ayam goreng di tepi jalan, sejenis snek popular di Asia Barat.

sebutir kata:
Dah terbukti manusia kalau tersepit depa akan lebih kreatif dalam hidup... diatas adalah salah satu contoh kehebatan otak manusia yang dicipta Tuhan.. janganlah sapa2 yang celupar bagitau mana2 menteri Malaya desak minyak masak naik harga lak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails