Sahabat adalah perisai diri

Thursday, July 17, 2008

United 'setuju' Ronaldo pindah


LONDON: Pemilik Kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United, keluarga Glazer, sudah sedia untuk memulakan rundingan mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo, menurut laporan semalam. Akhbar Sepanyol, Marca mendakwa sumber rapat dengan warga Amerika Syarikat itu yang membeli kelab di Old Trafford pada 2004, berkata Glazer sudah bersetuju rundingan operasi itu, kerana bimbang nilai Ronaldo akan menyusut andai mereka terus mengekalkannya.

Pemain sayap Portugal berusia 23 tahun itu, secara terbuka meluahkan hasratnya untuk berpindah ke pasukan juara Sepanyol berkenaan dan minggu lalu dia menyokong kenyataan kontroversi yang dibuat Presiden Fifa, Sepp Blatter.

sebutir kata:
Orang kalau dah tak dak hati nak dok ngan kita, simpan buat apa lagi tumpang time nie boleh lelong ngan harga tinggi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails