Sahabat adalah perisai diri

Sunday, August 17, 2008

AMK: Kenyataan Saiful bercanggah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan, kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.

"Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?" soal Shamsul dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, kenyataan bahawa 'Saiful diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008' sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan terhadap Anwar, apabila akhbar utama melaporkan pada akhir Jun dan awal Julai lalu, bahawa Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh penasihat PKR itu, kali terakhir pada 26 Jun lalu, di sebuah kondominium di Damansara.

"Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui Saiful datang bertemunya pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali.

"Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?" soal Shamsul lagi.

Persoalan, tambahnya, timbul mengapa wujud percanggahan ketara dalam dua fakta utama kes ini.

sebutir kata:
Inilah juga yang berlegar diruang fikiran rakyat marhaen ketika ini... fenin2.. apa kejadah nya pertuduhan sebegini hina dikenakan.. dah lebih dari 12 tahun DSAI sekeluarga dihina, tak cukup lagi ka setelah pertuduhan liwat pertama gagal dibuktikan?

2 comments:

  1. Aku tgk masa ceramah dia di Kubang Semang pun kena pimpin masa naik pentas, sakit belakang..

    Dah 61 dah umur dia oooi..

    ReplyDelete
  2. Depa kata Anwar pandai berlakon, utk dpt simpati rakyat Ptg Pauh, depa x tau rakyat Ptg Pauh lebih kenai DSAI lebih dari 25 tahun..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails