Sahabat adalah perisai diri

Sunday, August 17, 2008

Dr. Haron Din - Sumpah Saiful tak syari'ie


Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?, Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi.

Beliau menambah “Sumpah yang dilakukan oleh Saiful itu tidak syar’ie kerana tidak menggunakan lafaz Wallahi, Wata’Alahi , Wabillahi…..,” jelas Dr Haron Din sewaktu mengulas perilaku Saiful yang dilaporkan membuat sumpah petang kelmarin berhubung dengan dakwaannya di liwat oleh mantan PM , Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Lafaz sumpah yang sepatutnya ialah, mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu yang antaranya ialah dilakukan dihadapan seorang Hakim Mahkamah Syari’e,” jelas Dr Haron Din lagi.

sebutir kata:
Itu kata Dr Haron Din ulama tersohor dinegara kita...

2 comments:

  1. Kalau x dgr Ulama nak dengar nasihat sapa lagi, Najis ka...

    ReplyDelete
  2. SUMPAH saya x dengar cakap dari sesumpah mana2 pun.. SUMPAH saya telah bersumpah nie.. SUMPAH saya akan bersumpah lagi saya x dak kepentingan apa2 pun dalam kes ini.. SUMPAH.. SUMPAH.. daie berapa banyak SUMPAH daaa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails