Sahabat adalah perisai diri

Friday, August 8, 2008

Kalau tak gelak jugak tak tau la..

Lawak Hangat 1
Seorang ibu bersiar2 ngan anaknya yang
berumur 4 tahun ngan kereta.
Anak: ibu, kenapa ibu bunyikan hon tadi?
Ibu: oh, itu saudara kita..
Kemudian ibunya membunyikan hon apabila
seekor lembu melintas jalan.
Anak: itu pun saudara kita ker?

Lawak Hangat 2
Seseorg yang baru beli komputer...
pembeli: saya tak tau tentang komputer, la incik.
penjual: awk jangan risau.kalau ada apa2
masalah tekan butang 'HELP' je.
pembeli .k la kalau cam tu.
Esoknya, pembeli datang ngan marah2.
pembeli: awak ni penipu. semalam saya tekan
butang 'HELP', kenapa awak tak datang?

Lawak Hangat 3
Ali ada masalah tido hingga selalu lewat datang kerja. Setelah memberitahu kpd bossnya,bossnya cuba membantu.
Bos: Awak cuba pil tido nie.
Pekerja: Terima kasih, tuan.
Malam itu, Ali dapat tido ngan baik. Beliau berjaya bangun pada pukul 6 pagi dan sampai tempat kerja pada waktu yang tepat.
Pekerja: Terima kasih, tuan.Pil nie memang berkesan.
Boss: Bagus le begitu. Tapi, apasal kamu tak datang semalam? (tertidur lebih 24jam)

Lawak Hangat 4
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman
ringan.
Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk
makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata,
"Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"...
Maka dua org sahabat itu perpandangan,sesama mengangkat bahu dan mula menukar
sandwich masing-masing...

Lawak Hangat 5
Azman mencuba makanan di sebuah restoran di Thailand. Selesai makan... .
azman: that was a good chicken rise.
pelayan: sorry sir. me no english
si pelayan cuba untuk membalas walaupun dia kurang reti cakap bahasa inggeris.
Kemudian Azman mengepak-ngepakkan tangannya seperti lengan ayam sambil
menunjukkan ke arah pinggan.
pelayan: ohh! that sir? no, no, no!
Kemudian pelayan mencangkung, melompat dan mengeluarkan bunyi ong! ong! ong!

sebutir kata:
Lawak.. lawak.. oooi gelak la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails