Sahabat adalah perisai diri

Sunday, August 24, 2008

Kedah julang Piala Malaysia


Seperti dijangka Kedah telah tunjuk taringnya. Rentak tari Kedah cuba diikuti, tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari. Sang Kenari yang terus bermegah dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.



Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning dan biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu, ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini.

sebutir kata:
Apapun tentunya paling menyakitkan hati ialah, pasukan dari negeri Pakatan Rakyat telah menguasai pertandingan kali ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails