Sahabat adalah perisai diri

Saturday, August 9, 2008

Kesian Labu


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Mohamad Saiful tidak akan didakwa kerana dia kini menjadi saksi utama atas tuduhan meliwat yang didakwa dilakukan oleh Anwar.

‘‘Dia (Mohamad Saiful) adalah orang yang mendakwa Anwar telah melakukan sesuatu ke atas dia. ‘‘Dia adalah pengadu serta menjadi saksi utama dan tidak mungkin akan didakwa,’’ katanya.
Teman sebebenonya dah malas nak tulis pasal Syed Hamid ni. Tak ada apa yang seronoknya nak cakap pasal mamat sekor ni. Satu aje (menurut kawan teman) yang teman kongsi kegemaran yang sama dengan mamat ni...kambing. Ya kami suka makan kambing. Yang lain-lain ta da...

Kalau cakap... meleret-leret...macam keratapi nak keluar landasan.

Komen mamat di atas tu memanglah tak ikut landasan undang-undang langsung.

Kata mamat ni, Saiful tak boleh didakwa kerana dia pengadu dalam kes ni.

Yang teman faham Penal Code, Section 377B liwat meliwat ini bersifat consensual. Suka sama suka. Kalau suka sama suka maknanya masing-masing memang syok dan stim antara satu dengan yang lain. Kalau dah masing-masing syok dan rela....apa hal Saiful nak mengadu? Kalau tak rasa puaspun tak kan sampai mengadu kat polis? Tak kena rasanya...Kalau sakit atau terluka...ini termasuk dalam kes keganasan rumah tangga...

Kalau dah masuk kes keganasan rumah tangga...rujuklah ke mahkamah lain. Begitu juga kalau kes boy friend gay friend...Jadi dua dua boleh didakwa sama rata. Kalau tak de undang-undang untuk menangani kes serumit dan seintimate ni...gugurlah saje bro. Hawat bodoh sangat?

Tapi lihat petikan di bawah ni pulak....

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR." - Petikan dari Blog Rocky's Bru pada 29.6.08 ... http://rockybru.blogspot.com/2008/06/if-you-believed-in-statutory.html



Dalam petikan di atas jelas menunjukkan si Saiful ni telah mengadu dia diliwat secara paksa. Laporan perubatan oleh Dr. Mohamed Osman pulak telah menunjukkan Saiful masih teruna...jadi dia telah membuat tuduhan palsu. "Kerana dia pengadu," menurut Syed Hamid, dia tidak boleh didakwa.

Macamana dengan tuduhan palsu? Macamana dengan Raja Petra? Kenapa dia didakwa kerana membuat SD mengenai Najib dan Rosmah? Bukankah dia juga pengadu?
Hei lecehlah ko Mid. Teman pun tak faham macamana ko yang jadi jurucakap kerajaan dalam kes ni. Bukan ke Zaid Ibrahim ada? Ataupun... sengaja wartawan tanya ko ni sebab nak tengok lawak bodoh ko bila bercakap tu...labu labu.

sebutir kata:
Kawan kat atas nie pun tau malu... hu.. hu.. (sumber)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails