Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, August 27, 2008

Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa


KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Awat yang hang baru habaq Zahid ooi.. sepatutnya hang kena la bersuara awai sikit, awat hang biaq DS Najib dah lepas bersumpah baru bersuara.. hang nak pekena DS Najib ka?

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

sebutir kata:
Inilah juga yang ditekankan oleh Anwar proses perundangan perlu didahulukan... awat yang depa pekak sangat, yang lagi syok tu sapa yang suruh si Saifol and DS Najib pi angkat sumpah.. lawak tul ler parti sesumpah nie..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails