Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 5, 2008

Mufti Perlis akui ditawar jadi calon Ptg Pauh


PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.

“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.

“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

sebutir kata:
Respect betul SS Dr. Asri nie... yang bestnya Pak Lah pulak kata dia tak tau... heh.. heh.. memang la dia nie tak tau apa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails