Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 12, 2008

Orang cemerlang berfikir


Gambar hiasan

Pernahkah Anda terfikir, bagaimana agaknya cara orang cemerlang berfikir?

Adakah mereka ni selalu serius, dengan muka yang tak pandai senyum, dahi berkerut dan kening yang bersambung?

Sebenarnya tak macam tu. Jadi, bagaimana orang cemerlang berfikir agaknya? Jawapannya ada di dalam soalan. Maksud saya, question is the answer.

Orang-orang yang cemerlang, berfikir dengan menanya soalan pada diri sendiri. Bila terlihat sesuatu dan saat mereka mengagumi sesuatu, akan timbul soalan-soalan di minda mereka.

Misalnya, bila terlihat orang lain yang lebih berjaya, mereka menanya diri sendiri dengan soalan bagaimana, dengan apa, cara apa, sebab apa, untuk apa, mengapa, bila. Contoh soalan yang timbul di fikiran mereka adalah seperti.

Bagaimana aku boleh berjaya sepertinya?
Bagaimana aku boleh mengejar pencapaiannya?
Dengan apa aku boleh berjaya seperti dia?
Sebab apa aku mahu berjaya seperti dia?Untuk apa aku mahu berjaya dan sebab apa?
Bila aku mahu berjaya?
Dalam waktu apa aku mahu berjaya menggapai pencapaian sebegitu?

Jika kita mahu cemerlang, perlu tiru cara orang cemerlang. Mulai hari ini, latih diri Anda menanya soalan pada diri sendiri, sebanyak yang mungkin.
Lama kelamaan, ia membuat Anda fokus. Apa yang Anda fokus di fikiran, itulah yang ditarik datang pada Anda.

sebutir kata:
Berfikir cemerlang untuk menjadi cemerlang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails