Sahabat adalah perisai diri

Saturday, August 2, 2008

Pak Lah... PM yang cepat panik


Poster menarik dari Mob's Crib.

Bila harga minyak dunia meningkat, kerajaan sudah panik. Dinaikkan harga minyak tempatan ke tahap yang paling tinggi didunia. Tak der negara lain yang naikkan harga minyak setinggi negara kita.

Dengan peningkatan harga tersebut, rakyat pun menjerit. Protes harga minyak di adakan setiap hari hampir di seluruh negara. Utara membawa keselatan, tiap hari orang cerita pasal minyak. Bila minyak naik, semua barang pun turut naik.

Kerana gelisah dengan keadaan ini, maka si PM ni pun bagi lah rebat dan subsidi kepada pengusaha dan rakyat. Beratur lah pulak rakyat di Pejabat POS sampai habis duit.Tiba tiba ... hari ini minyak turun kepada paras USD125.30/tong. Sudah ada ura ura untuk turunkan harga minyak tempatan. Rakyat mendesak lagi. Janji dulu kena tunaikan. Bila minyak dunia turun, minyak tempatan pun mesti diturunkan. Kalau masih pada tahap tertinggi sekarang, sudah pasti populariti Dollah semakin menjunam dan busuk.

Apa yang aku nak korang pikir adalah keputusan yang Pak Lah buat untuk menaikkan harga minyak tempatan secara tergesa gesa telah menyebabkan seluruh rakyat turut panik dan hasilnya,
  • Barangan lain turut naik harga dan takkan turun lagi
  • Rebat setahun di berikan kepada pemilik kenderaan seolah olah minyak terus naik sepanjang tahun
  • Subsidi diberikan kepada pengusaha pengangkutan awam
  • UMNO dan BN di maki hamun oleh rakyat setiap hari
  • Rakyat panik dan peniaga mengalami kerugian

Semuanya berpunca kepada PAk Lah yang cepat panik dan cepat melatah dengan isu dunia. Nak buat macamana? Itu lah pemimpin yang korang pilih. Masalahnya ... Pak Lah panik tapi yang susah adalah rakyat. Sumber...

sebutir kata:
Jangan bandingkan kuasa membeli rakyat ngan pendapatan korang sebagai menteri. Turun mai tengok majoriti rakyat yang berkerut dahi masa membayar dan mengeluh selepas membayar pada setiap barang keperluan.. akai ada tapi tak pakai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails