Sahabat adalah perisai diri

Monday, August 25, 2008

Ramlang Porigi hadir bermunajat di Ptg Pauh


LAPORAN terbaru dari Permatang Pauh yang baru terima sekejap tadi, ribuan orang memenuhi masjid Perda, di Bandar Baru Perda bersiap sedia untuk melakukan munajat bagi memohon kepada Allah memberi kebenaran dan kemenangan kepada rakyat yang menyandarkan Anwar Ibrahim sebagai wakil mereka.

Majlis berkenaan anjuran pihak PKR dalam siri kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti.

Apa yang mengejutkan katanya, turut sama hadir dalam majlis itu dan ketika ini sedang berucap ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ramlang Porigi yang hadir pada majlis persumpahan mubahalah dilakukan pembacuh kopi (mat jambu) pada 15 ogos lalu.

Menurut Ramlng beliau dipaksa untuk berada di situ sebaik saja selesai melangsungkan ijab kabul di masjid berkenaan. Menurutnya sumpah mubahalah itu tidak sah kerana ia tidak dihadiri oleh pihak satu lagi. Menurutnya mubahalah seharusnya dihadiri kedua belah pihak. Dia juga mengakui bahawa teks untuk sumpah laknat tersebut telah disediakan oleh ‘pihak atasan’ dan dia tidak tahu menahu langsung mengenainya.

sebutir kata:
Allah yang maha esa, inilah kuasa Allah yang ditunjukkan serta merta didepan mata.. kekuatan melawan yang batil menegakkan yang haq telah tiba.. LAWAN TETAP LAWAN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails