Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 12, 2008

Resepi - Buah Melaka


Toskan...

Dah disalut kelapa parut.

Inti gula kabung.

BUAH MELAKA

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
10 helai daun pandan, dikisar dgn air, ditapis utk mendapatkan 1/2 mangkuk jus pandan.
Gula kabung, dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya, digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Gaul tepung pulut dengan jus pandan sehingga adunan boleh digentel. Tuang jus sedikit demi sedikit, secukupnya.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkt dan toskan.
5. Salut dengan kelapa parut.

sebutir kata:
Selamat mencuba, biasanya bulan2 puasa nie orang main tunjuk2 aje.. mai bulan puasa nie, aku teringat gak kueh nie... slrrrppp.....

1 comment:

Related Posts with Thumbnails