Sahabat adalah perisai diri

Friday, August 22, 2008

Rumah Raja Petra digeledah polis


Rumah pengendali blog popular Malaysia Today pagi ini diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan blog itu, sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi tadi.Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik. (Malaysiakini)

sebutir kata:
Tekanan demi tekanan dikenakan pada Raja Petra, bertali arus.. tak heran la kalau RPK dapat banyak sokongan dari rakyat marhaen dalam menegakkan yang haq.. yang tak buta dan tak pekak aje..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails