Sahabat adalah perisai diri

Sunday, August 17, 2008

Saiful bersumpah secara Islam?


KUALA LUMPUR: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan petang semalam, bersumpah atas nama al-Quran diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Beliau ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim mengangkat sumpah mubahalah disaksikan imam masjid itu serta 30 wakil media dan ahli keluarganya pada 6.15 petang. Upacara itu berlangsung 15 minit.

Beliau kemudian membaca teks sumpahnya berbunyi: "Pada hari ini, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan nama Allah berikrar dan bersumpah, diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008."

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat," katanya.

sebutir kata:
Dalam sidang akhbar diwaktu yang sama dia nyatakan sumpahnya adalah hal peribadi tanpa melibatkan politik, tapi pasai apa yang hang tunggu esok nak penamaan calon di Ptg Pauh baru hari ni kalut nak bersumpah.. sumpah pulak tak mengikut lunas2 Islam yang sebenar pulak tu.. cuma Mahathir je kata cara Islam... ish.. ish..

3 comments:

  1. Aku tengok muka dia cam lepas kena luku aje..

    Ikut kisahnya ari angkat sumpah tu dia samapi awai di Masjid tu, tapi dikurung dalam bilik masjid, dok hafal dialog kot..

    ReplyDelete
  2. Kita x leh la dok kata depa x ketahuan kalau kita x pasti..

    Kita buktikan kita ada kualiti kelainan dari depa.. betul dak din ooi..

    ReplyDelete
  3. Sebab tu aku x posting kat dalam tu walaupun aku dgr gak, dlm Harakah pun ada disini..

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16462&Itemid=1

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails