Sahabat adalah perisai diri

Thursday, September 18, 2008

Ada 86 isteri..?

ABUJA (Nigeria): Polis menahan seorang lelaki di utara Nigeria selepas dia tidak mematuhi arahan mahkamah supaya menceraikan 82 daripada 86 isterinya. Lelaki yang mempunyai 170 anak itu didakwa menghina mahkamah dan melanggar hukum Syariah yang membenarkan lelaki Muslim mempunyai maksimum empat isteri.

Mohammed Bello Masaba, 84 tahun, dihadapkan ke sebuah mahkamah di wilayah Niger, tengah Nigeria, Isnin lalu, selepas ditahan polis di rumahnya di bandar Bidda. Masaba tidak mengaku salah. Masaba berkata Allah memberinya kekuatan memiliki keluarga sebegitu besar.

sebutir kata:
Apabila Allah s.w.t beri kekuatan, orang yang tak bersyukur malah mungkin akan salahgunakan kekuatan kejalan yang tak diredhainya.. apakah Allah s.w.t boleh disalahkan kerana beri kekuatan itu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails