Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 23, 2008

Anwar bertemu Hj Hadi dan Nik Aziz di Kota Bharu


KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10. Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.

Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu... sumber SIASAH.

sebutir kata:
Aku personally rasa touching betul ngan pertemuan nie.. maklumlah ngan perkembangan politik Malaysia  yang tak menentu ditambah pula ngan nasib Anwar juga lagi2 lah tak menentu, pertemuan ini merupakan satu titik tolak kearah persefahaman umat Melayu dalam Pakatan Rakyat.. insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails